by Team Bukit Timah
Peraduan Menulis Esei Keharmonian Kaum di Singapura
Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Bukit Timah dan Kelab Kowloon menganjurkan bersama Peraduan Penulisan Kreatif Peringkat Sekolah Rendah yang pertama dengan tema "Keharmonian di tengah Kepelbagaian".
Semua pelajar sekolah rendah yang tinggal di Divisyen Bukit Timah, serta pelajar di Sekolah Rendah Perempuan Raffles, Sekolah Rendah Pei Hwa Presbyterian dan Sekolah Rendah Bukit Timah, digalakkan untuk menulis mengenai pengalaman dan perasaan mereka mengenai keharmonian kaum dalam bahasa ibunda mereka (Mandarin, Melayu atau Tamil) atau Inggeris. Melalui peraduan ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar sekolah rendah untuk melahirkan semangat dan kreativiti mereka melalui bahasa ibunda mereka.
Maklumat Lain
Tema: Keharmonian di tengah Kepelbagaian
Apakah kisah-kisah dalam hidup anda yang menunjukkan keharmonian di tengah kepelbagaian?
Memang sejak dahulu lagi, Singapura merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Untuk memperingati dan meraikan persefahaman dan keharmonian antara semua kumpulan kaum, pemerintah telah menetapkan 21 Julai setiap tahun sebagai Hari Keharmonian Kaum.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong pernah mengibaratkan keharmonian kaum dengan sebuah kumpuan orkestra:
“Peserta perlu bekerjasama dengan baik walaupun berlainan latar belakang. Ini adalah proses sepanjang hayat, dan akan selalu memerlukan penyesuaian. Di Singapura, keharmonian di tengah kepelbagaian adalah salah satu pencapaian paling membanggakan kita. Kita meraikan perbezaan yang membuat kita lebih kuat dan tidak memecahbelahkan kita. Apabila kita dalam keadaan harmoni, kita dapat membuat muzik yang indah bersama.
Untuk meraikan Hari Keharmonian Kaum ini, kami ingin anda berkongsi kisah keharmonian anda di tengah kepelbagaian! Tema esei boleh merangkumi sebarang aspek yang menunjukkan pengalaman hidup berbilang kaum, dan tindakan perkongsian atau pemahaman antara budaya.
Submitted by: Muhamad Daniq
Submitted by: Allysha Asmadi
Click here to download full essay
Penyataan Atribusi / Perlindungan Data Peribadi
Sebarang penyertaan lukisan/esei untuk peraduan bermakna anda menerima bahawa pihak penganjur dan semua rakan kongsi mempunyai hak tanpa had dan tidak ekslusif untuk penerbitan semula (termasuk mengedit, membuat semula, menterjemahkan, memaparkan, menerbitkan dan sebagainya di pelbagai platform dalam pelbagai bentuk lukisan peserta/esei) tanpa pampasan lanjut.
Apabila menghantar lukisan/esei untuk peraduan, anda haruslah bersetuju bahawa pihak penganjur dan rakan kongsi akan menghubungi peserta secara langsung mengenai hal-hal peraduan melalui panggilan telefon, pesanan ringkas, e-mel, dan lain-lain lagi. Penganjur dan rakan kongsi tidak boleh secara tertutup menyampaikan maklumat peribadi yang diberikan oleh peserta kepada organisasi atau individu lain yang tidak berkaitan dengan peraduan tanpa kebenaran peserta.
Untuk pertanyaan, sila hubungi Kelab Masyarakat Bukit Timah di 6466 2912 atau e-mel kepada PA_BUKITTIMAHCC@pa.gov.sg.